SEKITAR KAHERAH

Sungai Nil merupakan sebahagian dari negara mesir. Tidak lengkaplah sejarah mesir sekiranya tidak memperkatakan tentang sungai tersebut. Sungai ini mengarangkan kisah seorang nabi Allah yang tercatat didalam al-quran. Disinilah sejarah dimana nabi Musa as dihayutkan untuk diselamatkan dari seorang yang zalim bergelar Firaun. Sungai Nil diantara dua sungai yang terpanjang didunia mengikut kajian geografi.

Tebing sungai Nil menjadi tumpuan para pelancong sebagai kawasan rekreasi disamping melihat keindahan susunan sampan yang berlayar diatasnya. Panjang Sungai Nil dalam lingkungan 6650km atau 4.132 mil. Sungai Nil melalui 9 buah negara antaranya ialah Ethopia , Zaire, Kenya, Thanzania , Rwanda, Burundi, Sudan dan sudah pasti termasuk negara Mesir.

Kapal Cruise yang terdapat disetiap teping sungai Nil menjadi tarikkan peloncong dan didalamnya dilengkapi restoran untuk menikmati makanan sambil berlayar. Sungai Nil merupakan aset penting bagi penduduk Mesir kerana ianya menjadi sumber kehidupan nelayan dan pertanian mesir. Kalau dilihat dalam sejarah Mesir kebanyakkan peninggalan sejarah kono mesir dijumpai dipinggir sungai ini. Malah dinasti firaun juga menjadikan sungai nil sebagai kawasan penempatan yang berpontensi untuk hidup.

Jambatan di tengah-tengah bandar tahril. Disinilah terdapatnya penginapan bagi para pelancong yang inginkan keselesaan semaksima mungkin. Disinilah ditempatkan hotel-hotel betaraf 5 bintang sepeti hilton, sheraton, Ramsis hotel, Four season, holiday In dan lain-lain. Pilihan hotel-hotel ini terus berhadapan dengan suasana keindahan sungai nil.

Muzium Mesir tahrir yang dipamerkan pelbagai khazanah yang berusia ribuan tahun sm .Mempunyai tiga lantai yang menempatkan barang-barang purba yang menjadi tinggalan firaun pelbagai dinasti. Anda Juga boleh melihat mayat Firaun Ramsis II yang dikisahkan didalam Al-Quran seorang raja yang mengaku dirinya tuhan lalu dihancurkan oleh Allah swt.

Terdapat hampir 200,000 tingalan purba yang berharga menjadi aset mesir dalam dunia pelancongan. Muzium Ini diasaskan oleh warga Perancis yang bernama Auguster Meriete dalam tahun 1863 dengan kebenaran kerjaan Mesir. Disini anda juga boleh melihat batu-batu ukiran firaun pelbagai dinasti dan barang peninggalan terdahulu seperti makanan, kayu-kayan, perubatan mereka dan lain-lain. Anda tidak dibenarkan untuk merakamkan gambar ketika berada didalamnya.

Ramsis II yang mengakui sebagai tuhan yang berhadapan dengan nabi Musa as. Anda boleh melihat mayat Ramsis II didalam Muzium Tahril dilantai teratas. Untuk melihat Ramsis II ini anda perlu membeli tiket lain berharga le100. Inilah bukti menunjukkan kisah yang dipaparkan didalam Al-Quran adalah realiti dan boleh dilihat sehingga hari ini. Inilah kebenaran dari sang pencipta manusia.

Kelihatan pelancong sedang bergambar diharapan Muzium ini. Untuk masuk ke dalam Muzium ini anda perlu membayar le30 egypt bagi pelajar sementara bagi dewasa anda perlu membayar dalam le60 egypt perorang. sekiranya anda ingin melihat Firaun Ramsis II banyaran tiket lain akan dikenakan dilantai yang ke seterusnya.

Masjid ini dibina pada zaman Ali pasha dan orang bertanggungjawab dalam membuat bentuk masjid ini bernama Ali Busnaq berketurunan Yunani. Masjid ini mirip masjid yang terdapat di Albania, Bosnia dan Istambul tukrey. Masjid ini diapit oleh 4 manara runcing dan masjid ini juga dipanggil sebagai Alabaster Mosque.

Benteng Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi yang kelihatan amat menarik ditengah-tengah kota kaherah yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Didalamnya terletak Masjid Ali Pasha diperbuat dari Alabester atau marmar putih yang diambil dari perkampungan Aswan. Disinilah selepas perang dunia ke 2 dijadikan kawasan pentadbiran kerajaan selama 700 tahun.

Dataran parking untuk pelancong-pelancong yang berkenderaan. Disini anda boleh melihat Masjid Ali Pasha dan Kubu pertahanan Salahuddin Al-Ayubi yang menjadi kuasa besar dan dapat mengalahkan tentera salib. Perperangan tersebut berpanjangan selama 300 tahun dan mendapat kemenangan kepada umat Islam. Kubu ini telah mendapat beberapa pembaikkan putih sehingga dilihat masih kukuh sehingga hari ini.

Kubu Salahuddin Al-ayubi merupakan kawasan yang sangat luas. Benteng ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Saiyidah Aisyah. Pembinaan Kubu ini hasil dari cetusan idea Sultan Nasir Salahuddin Al-Ayubi. Ianya dibina pada tahun 1183M. Setelah bermula zaman Kardif ismail kawasan kubu ini tidak digunakan lagi sebagai kawasan pentadbiran dan menjadi tugu sejarah sebagai kawasan pelancongan.

Kelihatan Pintu masuk ke Qal'ah Salahuddin Al-ayubi. Benteng ini diperbuat dari batu batan berketinggian 7 meter dan 3 meter lebar. Benteng ini dibina bagi menjadi kubu pertahanan untuk berhadapan dengan pihak musuh ketika itu. Bab atau pintu dihadapan dipanggil bab Uzza yang dijaga oleh tentera yang belum berkahwin sebagai simbol menunjukkan keberanian orang muda mempertahankan kerajaan suatu ketika dahulu tanpa memikirkan hal lain.

Benteng yang menunjukkan keutuhannya mempunyai beberapa pintu masuk sebagai persiapan tentera ketika itu. antara pintu tersebut ialah Pintu fath pintu Nasr pintu khalq dan pintu Luq. Disinilah menjadi kawasan pentadbiran dari tahun 1183 sehingga 1860 kemudian ditukar pada zaman Ismail Pasha.

Gambar dari puntu Masuk pengawal ke Qal'ah Salahuddin al-Ayubi. Pintu ini dikawal oleh polis bagi menjaga keselamatan kawasan pelancongan. Anda akan berhadapan dengan dua kawasan untuk di scan sebelum masuk ke Benteng ini. Dihadapan ini terdapat Jabal Muqattam yang pernah menjadi kawasan suci menurut kepercayaan Nasrani.

Ini merupakan tempat suci menurut agama Nasrani. Tanah Jabal muqattam ini telah diminta oleh Maquqis kepada Gabenor Amru Al-asr untuk dibeli dengan harga 70,000 dirham. Tetapi gabenor pada waktu itu merasakan curiga untuk menjualkannya. Amru Al-asr tertanya-tanya apakah yang menjadi penyebab tanah tersebut ingin dibeli dengan harga yang begitu mahal. Setelah diteliti menurut kepercayaan nasrani ianya merupakan tanah syurga yang memberi keselamatan kepada penduduk disekitarnya.

Setelah berita tentang muqaqis ingin membeli kawasan tanah jabal muqattam dengan tujuan kemulian agama nasrani Khalifah Umar tidak membenarkannya dijual walaupun ditawarkan dengan harga yang tinggi. Umar Al-khattab memerintahkan Amru Al-asr agar menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pekebumian ulamak-ulamak dan ahli ilmu islam. Dan kawasan ini jugalah dinamakan kawasan maqbarah uzma.

Dari Benteng Salahuddin ini anda boleh melihat pemandangan seluruh bandar kaherah. Kelihatan rumah-rumah arab mesir dan dikelilingi kubur-kubur orang tempatan. Anda juga jangan terkejut sekiranya melihat kubur-kubur disekitar mesir digunakan sebagai penempatan untuk berteduh kerana desakan kemiskinan. Bersyukurlah dengan apa yang ada, insyaallah Allah mengasihi meraka yang bersyukur.

Kelihatan pelancong mula memenuhi Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi. Disini merupakan laluan tentera terdahulu dan diimpit tembuk-tembuk bangunan yang dibuat dari batu-batu yang kukuh berusia ribuan tahun diantarannya diambil dari sisa pecahan piramid semasa gempa bumi di mesir. laluan ini boleh membawa anda terus ke muzium atau mengunakan laluan atas untuk melihat Masjid Ali Fasha dari dekat dan terus ke penginapan Istana jauharah.

Inilah laluan tentera didalam benteng salahuddin al-ayubi yang menjadi kubu pertahanan. Bersebelahan tembok ini terdapat sebuah masjid ianya tidaklah sehebat masjid ali pasha. Masjid Ali pasha pernah rosak pada kurun yang ke 19. Usaha pemulihan dibuat pada 1931 dibawah kerjaan raja Fuad dan telah siap pada 1939 dibawah pemerintahan Raja Farouk.

Kelihatan Masjid Ali Pasha dicelah-celah lorong benteng Salahuddin Al-Ayubi. Disebelah kiri tembok ini terdapat sebuah masjid yang bernama Masjid Naseer Muhammad yang dibina pada tahun 1318 dan telah siap pembinaannya 1335 memakan masa 27 tahun dengan senibinanya yanag masih kekal. Masjid ini tidak diruntuhkan dan masih boleh dikunjungi oleh orang ramai. Masjid ini berusia 691 tahun.

Kelihatan kawasan lapangan berhadapan dengan muzium tentera. Anda boleh melihat pelbagai tinggalan sejarah kegemilangan Mesir merdeka semasa berhadapan dengan musuh. Didalamnya terdapat senjata-senjata lama dan juga dipaparkan orang kuat yang menjadi ketua negara dan ketua tentera dalam menjayakan kemerdekaan negara mesir dan pembangunan mesir.

Disinilah dipanggil istana jauharah atau bahasa melayunya Istana permata. Disini ditempatkan bilik tidur Sultan Ali pasha dan disinilah jugalah merupakan balai mengadap. Ia juga menjadi kawasan pejabat pemerintahan kerajaan dikala itu. Disebelah kiri bangunan ini terdapat bagunan yang menempatkan barang-barang istana yang masih belum dibuka dalam pengislahan bangunan.

Masjid Ali Pasha dibina pada 1830 dan siap pada tahun 1848. ianya memakan masa 18 tahun dengan mengunakan arkitek luar. Masjid ini hampir sama dengan rupa bentuk Blue Mosque di Istambul turkey dan keunikkan masjid ini diperbuat dari marmar putih yang diambil disebuah kampung bani suwaif Aswan bersempedan dengan negara sudan.

Jam yang dihadiahkan oleh Raja Franchis sebagai tanda persahabatan dengan kerajaan Mesir Jam ini dihantar terus dari franchis ke Mesir, namun semasa sampai ke mesir jam tersebut telah rosak dan tidak befungsi sehingga hari ini. Sebagai hadiah balasan pihak mesir telah menghadiahkan pula patung firaun yang terdapat di bundaran De La Concorde di bandar Paris dan masih boleh dilihat pada hari ini.

Pemandangan didalam Masjid Ali Pasha. Masjid ini tidak digunakan untuk menunaikan solat 5 waktu. Sekarang menjadi kawasan pelancong dan dihiasai oleh lampu-lampu syiling yang masih berfungsi walaupun berusia ratusan tahun. Dan didalam inilah anda boleh melihat tiang-tiang masjid bertaktakan marmar putih dengan jelas.

Jemaah umrah Malaysia dari perak bergambar didalam Masjid Ali pPsha ketika kembara sufie mengendalikan urusan transit sebelum mereka bertolak ke Mekah. Pihak kembara sufie juga sering diberikan kepercayaan oleh beberapa buah syarikat travel dan umrah/haji untuk mengendalikan pakej semasa berada di Mesir.

Dihiasi lampu-lampu antik yang masih berfungsi. Didalam Masjid ini mempunyai sebuah makam yang dipercayai sebagai Makam Sultan Ali Pasha. Makam ini terletak di sebelah kanan pintu masuk Masjid. Masjid ini menjadi kawasan pelancongan dan tidak digunakan sebagai masjid solat harian. Kesejukkan terbukti ketika berada didalamnya hasil dari haba Marmar sebagai bahan binaannya. Inilah yang menjadikan keunitkan Masjid Ali pasha disamping ukiran yang halus terdapat didalamnya

Kelihatan anak-anak masyarakat arab yang mengadakan lawatan di Qal'ah salahuddin Al-Ayubi. Disinilah menjadi mercu tanda kawasan pertahanan yang paling hebat dikota kaherah. Mereka berbangga dengan seorang anak muda yang bernama Salahuddin Al-Ayubi dari Tigris datang membawa tuah kepada negara mereka dan menjadi kertua tentera yang dapat memberhentikan serangan salib selama ratusan tahun.

Pintu masuk ke Muzium Polis yang menempatkan pelbagai alat pertahanan Mesir. Anda boleh menyaksikan tingalan kelengkapan polis mesir terdahulu dan sejarah-sejarah polis mesir lama. Dari teping bagunanan ini anda boleh melihat dengan jelas seluruh kota Mesir dan menara kegemilangan Masjid Al-Azhar dan kelihatan Piramid di Giza sekiranya tidak diliputi kabus.

Ini merupakan dataran ditengah-tengah Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi. Dataran ini menghubungkan antara Muzium tentera dan muzim polis. Disini jugalah anda boleh melalui ke Masjid Ali Pasha dan dibawah tersebut terdapat kawasan yang masih belum dibuka dalam persiapan dan mencari sumber arkeologi dan insyaallah akan dibuka dalam masa yang terdekat.

Kelihatan gambar penuh Masjid Ali Pasha yang dibangunkan pada tahun 1880 yang kini berusia 229 tahun. Diatas bukit inilah menjadi kawasan pentadbiran kerajaan yang terakhir Ali Pasha. Masjid ini menjadi masjid berkonsepkan turkey blue Mosque. Inilah kecantikkan pemandangan dari hadapan Muzium tentera.

Gambar tugu panglima tentera yang menjadi keagungan tentera mesir ketika itu. Beliau merupakan ketua tentera yang menjadi wakil kerajaan untuk berhadapan musuh demi menjaga keselamatan mesir dari musuh.

Senjata-senjata lama masih boleh dilihat disekitar Muzium tentera. Mesir pernah menjadi kuasa besar ditanah arab suatu ketika dahulu dan ditakuti oleh pihak musuh. Sehingga sekarang 40% pendapat negara digunapakai untuk pertahanan bagi memastikan mesir selamat dari kuasa luar. Namun kekuatan mesir pada hari ini menjadi tandatanya kepada seluruh dunia.

Gambar pelawat kembara sufie dihadapan Muzium tentera. Muzium ini dibina 1990 dengan kerjasama mesir- korea untuk mengekalkan sejarah mesir agar diketahui umum. Mesir pernah memohon sumber kewangan dari UNESCO untuk membina muzium ini, namun pemintaan mereka ditolak kerana UNESCO terlalu banyak mengeluarkan bantuan kewangan untuk sumber penemuan arkeology di Mesir.

Kelihatan pintu masuk ke muzium tentera. Anda tidak dibenarkan membawa camera. sekiranya anda ingin juga bergambar didalamnya anda perlu membayar tiket Le1 bersamaan RM0.60 murahkan! Insyaallah didalamnya akan tergambar siapakan mesir dalam lakaran sejarah dunia. Namun sejarah yang dibanggakan terhenti dan terus lesu sehingga hari ini. Insyaallah janji kehebatan tentera mesir yang dinyatakan dari lisan kekasih allah akan terserlah suatu hari nanti.

Kapal terbang perang masih juga boleh dilihat di dataran Muzium di banteng Solehuddin Al-ayubi. Disini anda boleh melihat senjata tinggalan yang masih menjadi kebanggaan tentera mesir ketika berhadapan dengan pihak musuh. Walaupun mesir bukan diberikan pertolongan oleh allah dengan kekuatan persenjataan tetapi Allah menolong mesir dengan tentera yang hampir diri dengan Allah. Untuk mendapat cerita seterusnya sertailah kembara sufie.

lapangan ini terdapat kapal terbang, kapal selam, jet penggempur, roket dan banyak lagi. Ini menunjukkan senjata moden lebih dahulu dikuasai oleh tentera mesir. Malah president mesir Husni Mubarak merupakan seorang tentera dan ia juga merupakan pemandu pesawat gempur dalam berhadapan dengan pihak Israel.

Pemandangan Luar dari Qala'ah Salahuddin Al-ayubi. Laluan jalan ini suatu ketika dahulu merupakan bukit dan kawasan pertahanan ketenteraan. Setelah lama-kelamaan kawasan ini ditarah dan menjadi laluan kenderaan. Dibina jambatan untuk menghubungkan kawasan bandar kaherah. Anda akan melalui kawasan bukit bukau yang dinamakan Jabal Muqattam disekitarnya.

Benteng Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi dikelilingi telaga yang menjadi laluan air bagi membekalkan keseluruh kawasan benteng ini sebagai persediaan untuk berhadapan dengan pihak musuh. Strategi ini membuatkan tentera musuh agak sukar untuk mengalahkan tentera Islam kerana air yang disimpan didalam laluan benteng-benteng ini tidak dapat disekat. sesungguhnya air merupan aset didalam peperangan.

Masih kukuh walaupun berusia ribuan tahun batu-batu yang digunakan sebahagiannya hasil batu yang dikutip di piramid giza. Benteng-benteng inilah yang menjadi saksi kehebatan pertahanan Islam yang pernah diketuai oleh salahuddin Al-Ayubi sehingga anda boleh melihat kubu pertahanannya yang masih boleh dilihat di Mesir, Syria dan Jodan.

Pemandangan dua Masjid Sultan Hassan dan Masjid Rifa'i dari atas Benteng Salahuddin Al-Ayubi yang merupakan benteng yang terkuat di mesir yang menjadi sejarah ulung sehingga hari ini. Luas masjid sultan hassan 79.6 meter dan panjangnya 150meter, lebar 68 meter dan ketinggian 37, 70 meter.

Pemandangan dari Masjid Sultan Hassan dan Masjid Rifa'i. Kelihatan benteng Salahuddin Al-ayubi yang diperbuat dari batu-batu. Anda pendapat menyatakan batu-batu benteng ini juga diambil di Aswan dan sebilangannya batu diambil dari sisa batu piramid di Giza ketika berlaku gemba bumi di Mesir.

Masjid Sultan Hassan dari pemandangan luar yang merupakan masjid yang tertinggi di Mesir. Bersebelahannya merupakan Masjid Rifa'i yang direka khas mirip masjid Sultan Hassan. Masjid Sultan Hassan dibina pada 757H atau 1421M. Sultan Hassan merupakan Sultan yang termuda berumur 13 tahun pada tahun 748H/134M. Kerana usianya masih muda maka diangkat BIgharous sebagai wakil raja menjaga urusan negeri.

Pemandangan 2 masjid bekembar masjid Rifa'i dan Masjid sultan hassan dari tepi. Masjid ini dibangunkan oleh Sultan An-Nashir Hassan bin Muhammad Ibnu Qalawun yang dilahirkan pada 735h/1334m yang merupakan seorang keturunan raja pada dinasti mamalik bahriyyah.

Tempat Wudu ditengah-tengah Masjid Sultan Hassan yang dibina dimasjid-masjid besar sahaja. Diantara masjid yang memiliki shan ini ialah Masjid Ali Pasha dan masjid Amru bin Al-asr yang terletak di kota fustat. Masjid ini disiapkan selama 3 tahun tanpa rehar walau seharipun dan pembiayaan sehari 20,000 ribu dinnar sehari. Ruang masjid ini sahaja memakan kos 100,000 ribu dinnar untuk pembinaannya.

Tangga masuk ke masjid sultan hassan ditepinya terdapat papan tanda yang menunjukkan cara sejarah pembinaan masjid dan kedudukkan bilik-bilik yang terdapatnya. Didalam inilah terdapat 4 bilik pembelajaran 4 mazhab yang terbesar didunia dengan mengendalikannya dalam satu tempat dimasa itu.

Laluan bekembar diantara Masjid Sultan Hassan dan Masjid Fifa'i, Senibina kedua-dua masjid ini menunjukkan kehebatan arkiteknya yang mencipta mengikut laluan angin. Malah kedua-dua masjid ini berfungsi dengan tidak mengunakan microphone sebelum ini tapi mampu menempiaskan suara azan ke seluruh kawasan perkampungan yang terdekat.

Masjid Rifa'i dibangunkan pada tahun 1869 dibawah pemerintahan Khusyur hanim ibu kepada Ismail pasha dengan tujuan untuk memperingati seorang ulamak thoriqat yang bergitu terkenal iaitu sheikh ahmad ar-rifa'i. Dan masjid ini juga menjadi kawasan perkebumian seluruh keluarga mereka ketika itu. Pembinaan masjid ini tergendala sebentar pada tahun 1880 semasa pemerintahan Ismail pasha.

Pembinaan masjid ini diteruskan pada tahun 1905 apabila Abbas Hilmi II menaikki takhta sebagai pemerintah mesir dan menyiapkan baki masjid yang terbengkalai. Masjid ini dibina dengan mempunyai ketinggian bersamaan ketinggian masjid sultan hassan.

Lampu hiasan yang masih utuh hampir 100 tahun. kelihatan tangga dan tempat duduk tenaga pengajar dan orang kenamaan yang bertandang ke masjid ini dalam majlis tertentu. Ianya juga terdapat di masjid sultan hassan berhampiran dengan masjid ar-rifa'i. Disini juga terdapat makam pembesar iran yang bernama shah Iran yang mencetuskan revolusi islam di iran pada tahun 1979.

Makam sultan Faruq yang juga terdapat didalam masjid ar-rifai. Disamping itu juga, didalamnya anda boleh melihat beberapa makam lain diantaranya ialah Ali abi subbak dan yahya al-ansori .Mereka merupakan ulamak yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut.

Counter membeli tiket untuk masuk ke piramid. Bagi masuk kewasan dataran piramid dikenakan bayaran Le30 untuk pelajar dan le60 untuk dewasa. Sekiranya anda ingin masuk ke dalam piramid dan ingin melihat sendiri laluan yang terdapat di lantai piramid dan melalui lorong laluan sejauh 105 meter didalamnya bayaran Le100 akan dikenakan pula.

Gambar piramid Kufu'. Piramid terbesar diMesir dan tertua didunia. Ia juga digelar Great Pyramid Of Giza. Ahli sejarah menjangkakan mengikut kajian akeologi bahawa piramid Kufu telah siap dibina pada 2560sm mengambil masa 20 tahun untuk menyiapkannya dengan bantuan puluhan ribu tenaga manusia.

Kelihatan dua piramid iaitu kufu dan Khufra'. Kelihatan satu diantaranya masih mempunyai simen diatas pemukaan piramid. Setelah berlaku gempa bumi banyak diantara batu-batan yang terdapat pada piramid telah pecah dan gugur ketanah. Ada diantaranya diambil untuk dibuat masjid dan bangunan disekitar kaherah.

Ini adalah piramid terawal iaitu Kufu. Kufu adalah nama Firaun yang mentadbir mesir pada tahun 2589 hingga tahun 2566sm. Batu-batan ini dipunggah dari kampung bani suwaif diaswan mengunakan kapal sejauh 800 kilometer dari cairo.

Pintu masuk ke dalam piramid berkecerunan kedalam dalam 10 meter dan didalamnya mempunyai lorang sejauh 105 meter untuk berjalan kaki. Didalamnya terdapat beberapa bilik, diantaranya bilik penyimpanan barang-barang beharga yg diwasiatkan oleh firaun untuk digunakan dimasa hadapan. Ini membuktikan walaupun mereka tidak beriman mereka yakin adanya hari kebangkitan setelah mati.

Kembara Sufie mengendalikan pakej umrah transit ke Mesir. Gambar ini dihadapan piramid kufu' diangotai oleh 34 orang . Inilah tinggalan yang dapat dilihat sebagai bukti penerangan yang dijelaskan oleh Allah swt didalam Al-Quran berkaitan seorang raja yang ingkar mengaku dirinya adalah tuhan.

Kepingan batu yang digunakan untuk membina piramid ini sebanyak 2.5 juta. setiap satu beratnya 1.5 tan hingga 4 tan. Mengikut sejarah untuk menyiapkan piramid kufu ini menggunakan 300,000 pekerja yang memakan masa 20 tahun untuk menyiapkannnya.

Disekitar piramid ini anda boleh bergambar dan menaikki unta yang terdapat berhampiran. Disini anda akan melihat ramai pelancong dalam dan luar negara datang untuk melihat sejarah yang berumur ribuan tahun. bagi umat islam ini merupakan bukti menunjukkan seorang raja yang ingkar pernah mengaku "aku adalah tuhan". lalu diazab oleh Allah swt kerana keengganan mereka untuk mengikut utusan Allah swt.

Bergambar kenangan berhampiran piramid kufu yang berusia ribuan tahun. serpihan batu-batan gempa bumi yang pernah berlaku di mesir dapat dilihat sehingga hari ini. Leraian batu-batan piramid masih boleh dilihat dipinggir-pinggir piramid yang menjadi laluan pelancong diatasnya.

Diantara tetamu kembara sufie melalui kawasan Solar Boat yang merupakan kawasan tenggelamnya kapal firaun yang digunakan untuk mengangkat batu batan bagi membina piramid. kesan kapal tersebut masih kekal dan dapat dilihat sehingga hari ini.

Bergambar berhampiran dewan solar boat. Dibelakang kelihatan beberapa piramid kecil yang dipercayai makam isteri dan anak-anak firaun. Salah satu darinya dibuka untuk tontonan orang awam. Anda boleh masuk ke dalamnya tanpa bayaran menyusulu lorang sedalam 30 meter.

Ini merupakan laluan bawah tanah sedalam hampir 30 meter. Disini diperkatakan kawasan persemadian isteri firaun. makam ini terletak bersebelahan piramid kufu. Anda perlu membongkok untuk melalui jalan dibawah tanah ini. sekiranya anda ingin masuk kedalam ini dikenakan bayaran.

Kelihatan serpihan batu-batu yanga terdapat disekeliling piramid yang menjadi kawasan penempatan dan kawasan pemerintahan sementara bagi persiapan membina piramid yang memakan masa 20 tahun dan mengunakan ratusan ribu orang untuk menyiapkannya.

Masih dapat dilihat block-block batu yang menjadi kawasan penempatan dan anda juga boleh melihat laluan bawak tanah yang menunjukkan didalamnya mempunya satu laluan rahsia yang masih tersimpan sehingga hari ini. lorong-lorong rahsia tersebut tidak dibenarkan masuk dan masih dalam kajian arkeologi.

Disekeliling piramid anda akan melihat unda dan kuda disediakan sebagai perkhidmatan tambahan bagi pelancong yang ingin merasa menunggang kuda dan unta. Anda akan dibawa mengelilingi kawasan piramid sehingga ke spinx.

Tetamu kembara sufie berehat seketika dibelakang piramid dan melihat batu-badan yang berusia ribuan tahun. Disini kelihatan ramai pelancong asing berjalan kaki kerana kawasan ini agak redup dan sesuai untuk berehat seketika.

Inilah yang dikatakan solaboat yang terdapat berhampiran piramid kufu'. Didalamnya terdapat bangkai kapal yang digunapakai untuk membawa batu-batu dari perkampungan suwaif bagi menyiapkan piramid.

Inilah kapal kayu yang masih utuh digunakan sebagai kenderaan bagi mengangkut pekerja dan batu-batu yang terdapat diperkampungan aswan. Kapal ini dipanggil kabut dengan istilah melayunya. Untuk masuk didalamnya anda perlu membayar le50 pagi dewasa dan le25 bagi palajar.

Muzium solar boat ini terdapat berhampiran dengan piramid kufu. Pembinaan kapal ini mengunakan 1200 keping papan yang ditemui disekitar piramid pada tahun 1954 oleh ahli arkeologi. Pembinaan kembali kapal ini memakan masa 14 tahun dan muzium ini dibuka pasa 1982 dengan bayaran le50 bagi dewasa dan pelajar le25.

Pemandangan dari jauh piramid kufra'. Pada awalnya semua piramid kelihatan seperti disimenkan seperti didalam gambar diatas. Setelah berlakunya gempa bumi makam simen-simen tersebut telah gugur dan kelihatan jelas gigi-gigi batu disekeliling piramid.

Keluarga pelawat kami dari Penang yang mengunakan perkhidmatan kembara sufie. Gambar dipenorama Piramid. Disini anda boleh melihat dan bergambar dengan membelakangkan 3 piramid iaitu Kufu' , Kufra, mankara. Disini dijual pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang. Sebelum itu cuma membuat tawaran harga kerana mereka akan meletakkan harga yang amat tinggi kepada pelancong.

Melalui sekitar kawasan piramid dengan menunggang kuda atau unta. Anda boleh melihat kubur-kubur kecil dan kawasan-kawasan laluan bawah tanah ditegah-tengah padang pasir yang menjadi kawasan atau bilik-bilik tentera firaun atau kasawan tempat penyimpanan barang dizaman tersebut yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Bergambar dengan beberapa jemaah umrah dari malaysia yang pernah mengunakan khidmat kembara sufie ketika transit dimesir. Kami sering mendapat pemohonan oleh beberapa syarikat untuk mengandalikannya. Bergambar di penorama membelakangkan piramid.

Dataran penorakama merupakan dataran yang menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar sebagai kenangan yang menjadi bukti aku pernah menjejaki bumi ambia'. Namun disini juga terdapat cenderamata sebagai kenangan sebelum pulang. Pandai-pandailah menawar sebelum membeli, mungkin anda membeli dengan harga yang paling murah dan tidak mustahil anda membeli dengan harga yang paling tinggi.

Dipenorama anda boleh melihat ketiga-tiga piramid iaitu Kufu, Kufra' dan mankara. Dari arah atas anda akan dapat melihat kawasan pentadbiran seluruh giza yang menjadi kawasan kerajaan firaun dan kubur-kubur pembesar dan puteri-puterinya.

Kelihatan 3 piramid dari arah atas berhampiran penorama. Cahaya matahari yang hampir terbenam menampakkan lagi keindahan padang pasir disekitar giza. Inilah menjadi bukti peninggalan sejarah yang dilakarkan didalam Al-quran berkaitan Firaun yang mengaku menjadi tuhan.

Ini merupakan kawasan pelancong membeli cenderamata untuk menjadikannya kenangan setelah pulang ke negaraa masing-masing. disini dinamakan bukit penorama yang terdapat pelbagai jualan cerderamata. Dapatkan harga yang paling murah sebelum membeli.

Pemandangan dari atas kelihatan piramid Kufra' dan Mankara. Patung singa yang digelar sebagai spinx yang menjadi kepercayaan suatu ketika dahulu penyelamat kepada perkara yang buruk. Disekeliling spinx terdapat wadi yang menjadi kawasan peribadatan suatu ketika dahulu.

Disini anda akan melihat pelbagai cara dan lagak yang dibuat oleh pelancongan bagi mendapatkan kualiti gambar yang menarik sebagai kenangan. Pada awalnya dijumpai terkambus dan hanya kelihatan kepalanya setinggi 5 meter. Setelah digali didapati ketinggian asalnya 23 meter dan panjangnya 73 meter dan menurut kepercayaan setempat mempunyai kuasa menjaga keselamatan piramid.

Bergambar membelakangkan Spinx. Patung ini pernah tenggelam disebabkan ribut pasir dah hakisan dan dijumpai kembali pada kurun ke 13 dibawah pentadbiran Firaun Thutmose IV kemudian diseliakan dan membentuk pelbagai kepercayaan. Ahli akeologi juga berpendapat Ramsis II juga telah membuat pembaikpulihan terhadap patung raksaksa ini namun tidak secara keseluruhannya. Pada tahun 1925 barulah kawasan Spinx ini digali sepenuhnya dengan bantuan kewangan dari Unesco untuk menjaga keaslian sejarah yang terdapat di mesir.

Spinx atau Abu Hol ini merupakan batu yang telah diukir pada tahun ke 3 sm sibawah pemerintahan Khufre. Menurut kepercayaan ianya dapat menjaga kawasan pentadbiran kerjaan dari kuasa jahat. Batu ukiran berkepala manusia dan berbadan singa ini merupakan ukiran batu yang terbesar didunia.

Kelihatan dari jauh Spinx yang menjadi kepercayaan mempunya suatu kuasa pelindung kepada seluruh piramid-piramid disini. Kalau dilihat hidup yang terdapat di ukiran batu tersebut telah hilang. Ada ahli sejarah menyatakan hidungnye terletak di Muzium britain. Hidung Ukiran Spinx telah pada ketika berlaku peperangan besar mesir, ada ahli sejarah membuat andaian berlaku serpihan tersebut pada zaman peperangan Nepolean Bonaparte.

Gambar ini diambil ketika waktu malam. Sekiranya anda ingin melihat tayangan tentang sejarah mesir ini berhampiran Spinx ianya bermula jam 6pm dengan bayaran Le60. Disini akan diceritakan tentang sejarah Mesir dari awal pemerintahan Firaun, zaman kegemilangan dan kejatuhan kerajaan diansti firaun.

Kelihatan piramid giza dicelah-celah perumahan penduduk tempatan. Kebanyakkan penduduk tempatan disekitar piramid mereka bergantung hidup dengan menjual barangan kepada pelancong dan menyediakan pelbagai perkhimatan sebagai pendapatan tetap untuk menyara hidup mereka.

Kenderaan kereta kuda dan kereta himar masih lagi digunakan dimesir sebagai pengangkutan utama dikawasan pendalaman. Kereta ini sering digunakan oleh petani dikampung bagi mengangkutkan barang-barang pertanian.

Gambar petani menjual hasil jualan yang dibawa dari kampung yang berdekatan. Kebanyakkan penduduk luar kampung di mesir mereka menjadi petani ladang dan bekerja sebagai pengembala kambing , unta, lembu dan kerbau. Segala hasil pertanian akan dijual dipinggil bandar.

Inilah gambaran suk atau istilah melayunya pasar yang terdapat dipinggir-pinggir bandar. Disini anda boleh membeli pelbagai sayuran, buah-buahan, ikan-ikan dan hasil ternakkan dan pelbagai kegunaan harian dipasar ini. Anda perlu membuat tawaran pembelian sebelum membeli kerana ditakuti ada diantara peniaga meletakkan harga yang tinggi kepada orang luar.

Ayam-ayam yang terdapat di mesir dibiarkan tanpa diikat. Begitu juga burung merpati dan pelbagai binatang-binatang lain. Inilah satu keajaiban yang tidak terdapat dinegara-negara lain. harga ayam dimesir agak mahal berbanding dengan malaysia.

Ini merupakan kaki kambing dan lembu yang dijual. Kalau istilah arabnya dipanggil kawariq dibuat soup dan menjadi makanan tempatan bagi golongan arab di mesir. Bagi semangkuk kawariq dijual dengan harga le8 hingga le11.

Pasar ini dinamakan pasar saiyidah aishah. nama pasar ini bersesuaian dengan nama masjid yang terdapat didalamnya makam keturunan Rasullullah saw. Disini anda boleh melihat pelbagai barangan dijual termasuk barangan antik seprti jam, lampu, dan lain-lain.

Pasar ini juga menjual pelbagai binatang tempatan yang menjadi tarikkan pelancong. Pasar saidina Aishah ini menjadi tumpuan peniaga dan pembeli pada hari jumaat dan ahad. disini anda boleh membeli burung-burung, tikus hamster, ular, ikan-ikan perhiasan, kucing parsi yang begitu murah berbanding dengan malaysia.

Kelihatan tetamu kembara sufie dari ireland melihat hamster yang dijual disekeliling pasar saidina Aishah. Malah ada diantara peniaga dan orang awam membuat pertukaran binatang ternakkan seperti burung dengan hamster. Ular dengan Kucing dan inilah keunitam disini.

Ditengah-tengah jalan peniaga membuat perbandingan binatang ternakkan mereka. Mereka juga sering membincangkan cara penjagaan terhadap binatang-binatang yang ingin dibeli agar kelihatan segar dan sihat. Hobi memelihara binatang ini juga menjadi ikutan sebilangan kecil pelajar-pelajar dimesir.

Peniaga menjual itik-itik yang diletakkan didalam sangkar. Untuk pengetahuan anda harga itik dimesir agak mahal berbanding dengan harga ikan dan ayam disini. Kepandaian anda menawar dimesir merupakan suatu pekara penting perlu dipelajari agar anda tidak ditipu oleh berniaga semasa membeli.

Buah-buahan segar dijual oleh peniaga dikaki-kaki lima. Mesir terkenal dengan buah-buahan tempatan yang manis dan harganya terlalu murah. Strawberry hanya le3 sekilo dalam Rm1.6o. Apple le2 dalam 1.30. Anggur le3 sekilo dalam le1.60. Anda akan berpuas hati untuk membeli buah-buahan disini.

Pemandangan dari luar Masjid Saidina Hussainyang terkenal dan bersejarah. Ianya tertetak berdekatan dengan masjid al-Azhar. Masjid Ini telah siap dibina pada tahun 1870 sewaktu mesir berada dibawah pertadbiran fathimiyyah dibawah Empaya Turki Uhtmaniah yang diketuai oleh Ismail Pasha.

Gerbang masjid Saidina Hussain ini menyerupai gerbang yang terdapat di Masjid Rasulullah saw dimadinah. Gerbang ini biasanya akan dibuka setiap hari jumaat bagi menampung jemaah yang berada diluar agar terlindung dari matahari yang terik.

Masjid saidina Hussain ini dibina diatas tapak amsjid lama yang dibangukan pada kurun yang ke 12 dibawah pemerintaan kerajaan Uthamiyyah yang bermahzab syiah. Kemudian tahun demi tahun telah bertukar kuasa sehingga zaman Kerajaan Ayubiah iaitu keturunan salahuddin Al-Ayubi yang berhadapan dengan peperangan saling selama 300 tahun kemudian ke zaman Turki Utmaniyyah.

Masjid saidina Hussain. Disini juga terdapat bilik tempat penyimpanan rambut, jangggut, celak, pakaian Rasulullah saw dan beberapa barang tinggalan sahabat-sahabat Rasullullah saw seperti pedang dan sebagainya. Sekiranya ada bernasib baik anda akan berpeluang untuk melihat barang-barang yang dipamerkan didalamnya dan dapat melihat tinggalan kekasih Allah swt. Selalunya bilik tersebut akan dibuka ketikamana ada lawatan dari kerajaan dan ulamak-ulamak di masjid ini.

Tiang masjid Saidina Hussain. Disini merupakan kawasan perhimpunan tariqah-tariqah. Setiap hari jumaat pelbagai tariqah akan berkumpul dan mengadakan upacara berzikir dan berzanji dengan melafaskan kalam-kalam indah memuji Rasullullah saw dan keluarga baginda.

Makam Saidina Hussain cucu Rasullullah saw yang terdapat didalam masjid Saidina Hussain. Disinilah dikatakan kepalanya disemadikan setelah syahid didalam peperangan karbala. Beliau telah dibunuh pada tahun 1153 di iraq dan dibawa ke Mesir kepalanya. Peperangan ini berlaku pada pada 680H tanggal 10 muharram.

Dari jauh kelihatan masjid Al-azhar yang menjadi keagungan dan kebanggaan orang mesir dan dunia Islam. Disinilah tempat lahirnya ulamak-ulamak yang menyambung tugas dakwah nabi-nabi yang terdahulu sehingga pada hari ini kita dapar merasakan nikmat iman dan Islam hasil dari usaha yang mereka curahkan.

Inilah Pasar Khan Khalili. Pasar ini berusia 650 tahun dan menjadi tempat tumpuan pelancong dan mempunyai sambungan lebih dari 3km ke Pasar attaba. Pasar inilah kawasan untuk anda mencari pelbagai cenderahati dan disini jugalah kawasan bekalan borang barang-barang dan sekiranya anda berhajat untuk berniaga sesuailah untuk mendapatkan bekalan disini.

Disini juga kawasan Pasar khan khalili. Kedai-kedai terdapat didalam bangunan lama tinggalan sejarah. Sekiranya anda berminat untuk mencari barang-barang antik disinilah kawasannya. Anda juga boleh temui barang-barang antik sejarah juga terjual disini. Kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dari luar negara.

Pemandangan di waktu malam di pasar Attaba. Pasar ini memulakan operasinya jalam 11am sehinggalah 12 tengahmalam. Disini terdapat bekalan pakaian dan disini jugalah terdapat kawasan langsir-langsir, barang-barang perabut. Kawasan ini merupakan satu laluan melalui kawasan pasar khanlili sekiranya anda melalulai kasawan deretan bangunanan kedai.

Berminat untuk mendapatkan pelbagai jenis herba. Mesir merupakan negara yang banyak mengeluarkan pelbagai jenis herba kesihatan. Disinilah pasar inilah tempatnya dengan harga yang amat murah dan tidak mungkin anda ketemuinya ditempat yang lain. Seperti habbatul sauda, minyak-minyak dan banyak lagi. Pemandangan ini akan anda ketemui disetiap jalan di Khan khalili.

Ini merupakan salah satu pintu masuk masjid Al-Azhar. Ianya dibangunkan oleh Jauhar Al-katib As-shaqly keluarga kepada Ulyas As-shaqly panglima tentera Abu Tamin setahun setelah dinasti Fatimiyyah menakluki Mesir. Al-azhar dibangunkankan pada Ramadhan tahun 361H/Jun 875M. Solat jumaat pertama didirikan di Masjid Al-azhar ini adalah pada hari perasmian tersebut. Al-Azhar juga menjadi Universiti pertama dan diantara tertua didunia yang banyak melahirkan tokoh-tokoh ulamak.

Khatib membaca khutbah awal disini. Al-azhar berhubung erat dengan dinasti fatimiyyah. Dikatakan nama al-azhar diambil dari nama Fatimah Al-zahra' puteri Rasulullah saw. Dinasti fatimiyyah merupakan dinasti yang memperjuangkan ajaran syaih bathiniyyah yang mendirikan al-azhar untuk menyebarkan ajarannya. Kemudian setelah salahuddin Al-ayubi mengalahkan dinasti fatimiyyah kemudian melumpuhkan dakwah syiah dan bermulalah Al-azhar sebagai kawasan bertapaknya ajaran Ahli sunnah sehingga kini.

Al-azhar telah banyak kali mengalami pemprosesan pembaikkan sejarah zaman berzaman demi manjaga kegahan sebagai institusi termaju dalam dunia ilmu. Pada zaman Az-zhahir Bibris pada zaman dinasti mamluk telah membuat pengubahsuaian untuk perluasan Al-azhar dan dibuka kembali pengajian ilmu. Pada tahun 665H/1266-1267h bermulalah kembali pembacaan Khutbah dan pengajian ilmu bermula. Ketika monggol menyerang bagdad dalam pertempuran Ain jalut 658H/126oH dibawah dinasti Mamluk seluruh ulamak telah keluar dari bagdad dan menuju ke Kiblat Imu iaitu ke masjid al-azhar.

Pada tahun 665H/1266M, pengeran Izzuddin Aidmar melakukan renovasi bangunan Al-zahar yang telah retak. Hal ini dirayakan dengan mangadakan solat jumaat pada 18 rabiul awal 665H/ 19 Nov 1266m. Pada tahun 702H /1302M-13o3M berlaku gempa bumi dan menyababkan masjid ini rosak sekali lagi dan mula diperbaikki olah Pegawai hisbah cairp pada 725H/1325M. Pada tahun 761H /1360 diperbaikki kembali oleh Sultan Thowasyi basyir Al-Jamidar dan menyediakan pengajian-pengajian ilmu dengan menetapkan seorang qari dan menyediakan ulamak mengajar fiqih hanafi.

Sultan Qaitbay Al-mamluki menghancurkan pintu sebelah barat laut masjid pada tahun 873H/1468M. Kemudian mendirikan menara untuk azan disebelah kanan masjid termasuk menara yang paling menarik di cairo. Sultan Qaitbey merupakan bangsawan yang paling mengambil berat tentang Al-azhar. Beliau juga telah membiayai orang-orang miskin dan para ulamak yang mengajar ilmu. Bahkan Ibnu ILyas menyatakan sultan tersebut mempunyai kebiasan aneh dan sering menyamar dan berpakaian orang marocco untuk mendengar apa yang orang katakan tentangnya sebagai pemerintah dizamannya.

Kelihatan masjid ini dari dulu hingga sekarang dipenuhi orang ramai memakmurkannya. Keberkataan dari ilmu para ulamak terdahulu menjadikan azhar menjadi tumpuan dan kiblat ilmu seluruh negara. Dengan terbentuknya Universiti Al-azhar dizaman moden ini maka pengajian di Al-azhar manjadi semakin terkenal dan menjadi tumpuan awam dari seluruh dunia. Pengajian sistematik yang diperkenalkan dengan bantuan Ulamak al-azhar ianya semakin diyakini dan melahirkan pelbagai ulamak bersesuai dengan masa dan tamadun hari ini berlandaskan al-quran dan sunnah.

Sultan Qanshuh Al-Ghury Al-Mamluki membangunkan menara yang mempunyai dua kepala yang merupakan masjid Al-azhar yang paling tinggi pada tahun 1190H/1776H. Menara ini merupakan menara masjid Al-azhar yang unik menjadi ciri dinasti mamluk. Masa inilah masa terakhir di dalam dinasti kerajaan mamluk. Waktu masjid ini dibuka terbentuk shohn meniru gaya masjid Al-haram. Didalamnya terdapat 3 ruwaq mempunyai pelbagai kegunaan pentadbiran, pembelajaran dan pustakaan ilmu. Tahun 800H/1360 menara masjid telah runtuh dan diperbaikki oleh sultan burquq dibiayai mengunakan wangnya sendiri dan sekali lagi pada tahun 817 dan 827H /1414 -1423m.

Pengajian kitab diadakan setiap hari masaih diamalkan dari dulu hinggalah ke hari ini.. Inilah yang dikatakan ilmu talaqqi. Ianya bermakna pelajar-pelajar mempelajari dengan guru secara berdepan dan kemudian mempraktikan apa yang telah diajar dihadapan guru dan guru mendengarnya kembali setelah mengadakan soal jawab. Pelbagai majlis ilmu diadakan didalam masjid Al-Azhar mengikut kecenderungan anda seperti Al-Quran, Hadis, tauhid, feqh dan lain-lain.

Adapun pada masa Muhammad Ali Pasha, pada awalnya mereka tidak menaruh perhatian kepada masjid al-azhar. Pada abad ke 11 H /17M. ditetapkan adanya kedudukkan sheikh al-azhar dibawah kerajaan Mesir. Pada masa sultan Salim I Al-Uthmani terjadi pekembangan ilmu al-azhar yang pesat dengan pengiriman sejumlah ulamak al-azhar ke Al-astanah ibu kota daulah Uthmaniah padahal mereka adalah orang-orang pilihan dari mazhab sunni yang empat. Ini membuktikan ulamak-ulamak keluaran al-azhar mendapat tempat keseluruh dunia dengan keilmuan yang ada dan dapat menyelesaikan segala permasaalahan dalam urusan ilmu agama.

Inilah ruang solat yang digunakan dan disini juga kawasan talaqqi quran diadakan. Disini menjadi kawan tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk bergambar dibahagian mahrab masjid dan kawasan khutbah dibacakan. Disebelah kanan dari gambar ini terdapat pintu masuk ke makam pengasas masjid ini yang bernama jauhar al-khatib shaqly. Sekiranya berpeluang anda boleh melihat makam pengasas tersebut dengan bantuan penjaga masjid. Namun makam tersebut jarang dibuka dan beliau adalah orang yang menjadikan al-azhar diperingkat awal sebagai penyebaran fahaman syiah.

Gambar didalam Kilang kristal yang menjadi tuan pelancong dalam dan luar negara. Kelihatan lampu-lampu gantung ditiang seri dan lampung yang kebiasaan dipasang dimasjid-masjid. Disini anda boleh mandapatkannya dengan harga yang murah berbanding dinegara-negara lain. Didalamnya juga terdapat pelbagai cenderamata yang diperbuat dari kristal yang bermutu tinggi yang terdapat diafrika.

Untuk pengetahuan harga yang terdapat didalam Kilang ini amat murah dan cukup berbaloi. Butik-bukti Kristal juga banyak mengambil dan membuat tempahan disini untuk dijual di Malaysia. Kristal ini dibuat di Mesir dan merupakan kilang terbesar di Mesir dan terbesar di Afrika.

Kristal menjadi tarikkan pelancong dan kalau dilihat dimalaysia gelang kristal telah menjadi pilihan remaja terutamanya di Universiti tempatan. Namun harga kristal yang biasa di jual di malaysia contohnya gelang tangan yang berharga RM150 disini anda boleh mendapatkannya dengan setengah harga sahaja.

Hadiqah haiwan atau Zoo Mesir. Didalam ini terdapat pelbagai jenis binatang terutama nya binatang yang terdapat ditanah Afrika. Kebanyakkan kandang binatang disini tidak tertutup penuh contohnya burung-burung. Burung-burung tersebut tidak membuat penghijrahan keluar kemungkinan mudah untuk mendapat makanan jadi mereka hanya tunggu dan tidak perlu kemana-mana.

Rusa juga banyak ditanah arab dan disini anda boleh juga melihat kambing gurun yang agak berbeza dengan kawasan-kawasan diasia. Kawasan zoo merupakan kawasan keluarga bagi penduduk mesir, kerana mereka tidak mempunyai kawasan lapang yang dibangunkan jadi mereka menjadikan zoo kawasan perkelahan dengan membawa makanan dari rumah dan duduk bersantai didalam zoo.

Inilah burung yang terdapat disekitar zoo mesir. Binatang ini memakan ikan yang disediakan dan tidak terbang kemana-mana tanpa mempunya kawalan ketat dari penjaan zoo. Disini anda akan melihat banyak lagi haiwan-haiwan yang mungkin tidak anda ketemu dikawasan anda.

Zirafah adalah binatang yang menjadi tumpuan pelancong arab. bagi mereka binatang ini sukar dilihat dan menjadi tumpuan kanak-kanak. Disini anda boleh membawa makanan untuk binatang dan ianya digalakkan . Namun kita dimalaysia tidak dibenarkan pelancong membawa makanan untuk binatang kecuali dari makanan yang tersedia di zoo. Tanyakan bintang disini pernahkah merasa airkrim tentu dia menjawab 'Ia".

Anuar sadat dilahirkan pada 25 disember 1918 dan telah meninggal dunia pada 6 Oktober 1891. beliau merupakan ahli politik Mesir dan President Mesir yang ke -3 dari tahun 1970 hingga 1981. Pada tanggal 19 November 1977 anuar sadat telah melawat jurusalem diatas undangan perdana menteri Israel Menachem Begin dan berbincang berkaitan konflik Arab Israel dan jalan damai yang dibuat dengan terbentuknya resolusi PBB 242 dan 338. Setahun selepas itu pada tahun 1978 terhasillah perjanjian Kem David dan setelah itu, anuar sadat dan Manachem begin telah menerima hadiah keamanan novel 26 Mac 1979.

Disinilah kawasan lintas hormat diadakan menyebabkan berlaku peristiwa pembunuhan anuar sadat. Semenjak pemerintahan anuar sadat ramai yang tidak berpuas hari disebabkan rahsuanya dan keluarga. Bermula siri rusuhan roti diadakan bagi menentang liberalisasi dan ketiadaan kawalan harga makanan. kelab malam semakin bertambah dan puak radikal telah meyuarakan dan tidak diambil cakna lalu berlaku pengeboman dan pergerakkan El-jihad terbentuk. Ianya diketuai oleh Aboud eL-zumar ketua cerdik pandai mesir dan membuat satu perancangan untuk mengulingkan kerajaan malah diantaranya adalah dari kalangan tentera-tentera yang mempunyai kepakaran.

Tugu peringatan menjadi kawasan singgahan pelancong. Beliau telah dibunuh pada 6 Nov 1981. Anuar sadat dibunuh ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menetang perjanjian israel - Mesir. Pembunuh tersebut keluar dari trak dan melontar grenade dan melepaskan tembakkan selama 2 minit. juru foto Bill Foley berjaya merakamkan detik-detik itu. Khalid Islambouli menjerit dengan mengatakan " Matilah kami Firaun" dan 7 terbunuh termasuk duta Cuba, jeneral Omani. 28 cedera termasuk James Tully Menteri pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera amerika syarikat.

Berhadapan pintu masuk ke Makam Imam as-syafie. Beliau dilahirkan di gaza palestin pada tahun 150H. Beliau mengahfal quran ketika umur 7 tahun dan mengahafal kitab muwatho' imam malik ketika berumur 1o tahun. beliau meninggal dunia pada 179 ketika berumur 54 tahun. beliau menjejaki kaki ke iraq, iran, mekah, madinah dan hasil dari usaha gigih mencari ulamak-ulamak untuk mempelajari ilmu maka beliau dapat menguasai semua ilmu sehingga terbentuk satu mazhab yang terkenal iaitu Mazhab Imam As-syafie.

Inilah makam seorang ulamak besar yang menjadi sebutan didalam dunia Islam. Beliau banyak menulis kitab-kitab sebagai usaha untuk memberi kefahaman kepada umat manusia tentang islam, ibadah dan perjalanan hidup diatas buka bumi ini. Siapa tidak mengenali beliau dengan nama Imam as-syafie. Untuk mengetahui sejarah hidup Imam syafie ini. Klik disini

Kesan tapak kaki yang dipercayai kepunyaan Rasullullah saw yang diserahkan untuk diletakkan berhampiran dimakam Imam syafie. Namun begitu, kesahihan tentang kesan tapak kaki ini tidak dapat diperkatakan secara jelas memandangkan pelbagai pendapat berkaitan dengannya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Makam Sheikh Zakaria Al-Ansori merupakan ulamak yang bermazhab syafie. Terkenal dengan kezuhudannya dan mempunyai karamah yang tersendiri. Pernah bermimpi bertemu dengan Rasullullah saw dan mengetahui tempak dimana akan dimakamkan setelah wafat.Inilah kelebihan beliau dan ingin tahu cerita seterusnya bersama jejak rasul bersama kembara sufie.

Tetamu kembara sufie di hadapan pintu masuk makam Imam Syafie yang merupakan seorang ulamak mazhab yang banyak berjasa kepada dunia islam dan umat islam kerana memperkenalkan cara untuk kita memahami cara dan amalan beribadah diatas buka bumi ini dan menyambung amalan Rasullullah saw. Bersebelahan makam imam syafie terdapat makam yang ulama Sheikh zakaria al-ansori.

Berhadapan papan tanda Universiti Al-Azhar. Disinilah diantara kawasan pembelajaran mahasiswa Al-azhar. Keseluruhan mahasiswa-mahasiswi Mesir sebanyak 7,000 orang dan jumlah ini bertambah dari masa kesemasa setelah ada kemasukkan baru dari jurusan perubatan.

Hantar E-Mail kepada kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya dan harga terkini
Nama:
Email:
Tajuk:
Message:

This online form was provided by Freedback.
©Hak Cipta Terpelihara 2009 Kembara Sufie Travel
Dilarang Mencetak Sebarang Bahan Di Laman Ini Tanpa Izin
Template Rekaan Abu Rifaie AlmansuQie