Bermula penjelajahan kota iskandariah. ( Alexander The Great ) menapakkan kaki dibumi Iskandariah dan terus berkata " Disinilah akan ku bangunkan kotaku setelah lama ku impikan". Maka membangunlah kota ini pada musim gugur tahun 332sm. Kota ini diperintahkan dan dijaga serta dikawal selia oleh Denokrates untuk merialisasikan apa yang dihajiti oleh Alexander .Hanya setahun sahaja sang raja menduduki kota tersebut dan keluar pada tahun 331sm.
Kota ini pernah menjadi ibukota negara Mesir selama 1000 tahun. Ibu negara mesir ni berterusan sehingga pembukaan dan penaklukan Islam pada abad ke 21h bersamaan 621m. Ianya melalui tiga beradaban besar antaranya ialah Ptolemi, Romawi dan Benzantein. Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Ali Pasha menjadi pelabuhan yang amat terkenal dengan kunjungan pelbagai negara dan menjadi tempat persinggahan utama dari Yunani, turki dan italia sehingga budaya masyarakat terpengaruh diantara satu sama lain. Pada tahun 1940 bandar iskandariah diduduki oleh 40% bangsa asing dan menjadikan bandar tersebut beridentitikan budaya yang berwarna warni, dan ianya juga diperkatakan bandaraya eropah yang tersadai di tanah arab. Justeru itu, bandar ini juga merupakan diantara bandaraya yang terpadat memuatkan kira-kira 4 juta pendudduk didalamnya. Disini juga dikisahkan pelbagai sejarah Islam terpahat antaranya terdapatnya makam sahabat nabi Abu darda, makam Nabi Daniel, Lukman Al-hakim dan Aulia-aulia lain disamping tinggalan sejarah lama masih boleh dilihat oleh pengunjung-pengunjung yang melangkahkan kai ke bumi Alexander the Great ini.
Kubu Qaitbey dibina pada 1477m. Terletak disebelah timur pelabuhan iskandariah. Keluasan benteng ini 2 hektar persegi dibina diatas tapak rumah api yang pernah menjadi catatan sejarah yang menjadi 7 perkara ajaib didunia termasuk piramid di Giza. Ianya telah menjadi tarikkan pelancong dalam dan luar negara.
Kubu Qaitbey ini mengunakan batu-badan yang berasal rdari umah api dan senibina benteng ini hampir penyerupai Qubu Salahuddin Al-Ayubi dikaherah dan di Taba. Didalamnya terdapat 3 tingkat bangunan dan mempunyai bilik-bilik yang menjadikan kawasan pertahanan persenjataan. Didalamnya juga terdapat sebuah masjid kecil yang menjadi kawasan terpenting dizaman tersebut.
Permandangan dari lantai atas disekeliling Kubu Qaitbey. Disini anda boleh melihat seluruh lautan dan bandar-bandar berhampiran pantai Mediterraneam. Ianya dibina pasa zaman pemerintahan Kerajaan Mamluk yang bernama Al-asyraf Al-din Qaitbey. Anda juga masih boleh melihat batu-batu tinggalan yang masih berada diadataran ini.
Bergambar diatas banteng Qaitbey yang membelakangkan lautan Iskandarian. Disini menjadi kawasan pertahanan yang terpenting untuk menjaga bumi Iskandariah ini dari ancaman pelbagai musuh terutamanya negara luar yang ingin mendapatkan kota ini sebagai tanah emas yang menjanjikan kemewahan hasil dari cukai para pedangan yang berdagang disini. Maka sudah pasti ianya menjadi rebutan semua pembesar ketika itu.
Benteng Qaitbey yang diperbuat daripada batu rumah api yang berusia ribuan tahun yang kini dibawahnya ditempatkan aquarium laut. Didalamnya terdapat pelbagai spesis yang dikeraskan termasuk rumpai laut dan ikan-ikan yang jarang dijumpai termasuklah tulang-tulang ikan paus yang berusia ratusan tahun. Anda boleh masuk didalamnya dengan membayar tiket le5 untuk melihat peninggalan didalamnnya.
Pharos Of Alexanderia merupakan nama rumah api yang pertama dibina didunia. Rumah api tersebut dibina pada kurun yang ke 3sm dizaman ptolemy 1. Sepakat ahli sejarah menyatakan ianya merupakan rumah api yang tertua didunia dan menjadi kawasan 7 kawasan ajaib didunia. Setelah berlaku gempa bumi maka hilanglah kesan rumah api tersebut dan hanya boleh kelihatan tapaknya dan diatasnya telah dibina dengan Qa'ah Qatbey yang boleh dilihat sehingga hari ini.
Dalam sejarah telah mencatatkan 2 gempa bumi besar yang berlaku di Mesir dan mengakibatkan banyak kemusnahan besar sehingga mengkuburkan banyak kawasan-kawasan yang bersejarah dibumi ini. Gempa bumi tersebut berlaku pada 1302 dan 1323 mengakibatkan banyak kerosakkan antaranya Pharos Of Iskandariah. Setelah itu, tapak rumah api ini digunakan untuk membuat Kubu Pertahanan pada 1477.
Jemaah umrah transit dikendalikan oleh guide kembara sufie bergambar berhampiran qal'ah qaitbey yang dibina dibawah pemerintahan Sultan Mamluk. Disini anda boleh melihat terdapat pelbagai perhiasan dan cenderahati yang boleh dibawa sebagai kenangan anda pernah menjejaki ke dataran pemerintahan Alexander the Great. Kota yang dikelilingi laut meditranean.
Aktiviti memancing boleh dilihat dipekarangan laut mediterranean. Sekiranya anda berminat anda boleh mambawa sendiri peralatan memancing dan menikmati ikan-ikan yang mudah memakan umpan anda. Dikawasan memancing ini pula disediakan boat untuk digunakan oleh pelancong untuk menaikki sambil bergambar membelakangkan Qal'ah Qaitbey dan laut Mediterranean.
Dapatkan cenderamata disini terutamanya barang-barang bersumberkan laut sepeti tapak sulaiman, umpai laut yang dikeringkan, kulit-kulit siput, batu karang pelbagai warna dan anda juga boleh mendapatkan beg, baju dan kain-kain disekitar kedai-kedai yang dibuka berpayungkan cahaya matahari.
Kembara Sufi

Ini juga merupakan group umrah dari selangor dan perak digabungkan pada hari yang sama dikendalikan oleh guide kembara sufie. Kelihatan tetamu umrah baru sahaja sampai dipekarangan Qla'ah dan melihat kekukuhan pembinanan yang berusia 1500 tahun lebih. Inilah kehebatan sinabina dahulu yang mengunakan kepakaran tenaga manusia.
Melangkah menuju ke pintu masuk Qal'ah Qaitbey dan dibawa oleh guide kembara sufie. Bagi mereka yang ingin masuk ke Qal'ah ini perlu membayar le25 bagi dewasa dan bagi pakej student hanya le15. Ana boleh menikmati keindahan seni ukiran terdapat didalamnya Qal'ah Qa'tbey. Qal'ah dari bahasa arab yang bermaksud Kubu.
Bergambar didalam Aquarium yang terdapat berhampiran Qal'ah Qaitbey. Disini kelihatan penyu yang diletakkan didalam Aquarium dan disini juga terdapat pelbagai hidupan laut yang menjadi tumpuan para pelancong.
Berwarna-warni ikan yang diciptakan oleh Allah swt. Menunjukkan hebatnya penguasa alam yang mentakbir segala isi bumi. Maha suci allah tidaklah engkau jadikan ianya sia-sia. Ibrah bagi orang-orang yang beriman untuk memperlihatkan kekuasan allah swt.
Tiket masuk ke Aquarium ini amatlah murah . Akan tetapi didalamnya hanya terdapat 20 sahaja aquarium yang memuatkan beberapa binatang laut, seperti Ikan, ketam, ulat air, penyu dan beberapa lagi binatang yang tidak tidak pernah dilihat diluar.
Maktabah atau perpustakaan ini adalah yang pertama dibangun di dunia yang didirikan pada abad ke 4sm. Pustakaan ini berfungsi sehingga abad pertengahan sebelum dijilat api dalam satu peperangan. Didalamnya terdapat berjuta-juta manuskrip papyrus, dan memiliki ruangan untuk perbagai acara diskusi ilmiah. Diantaranya, sebuah ruang ibadah kepada Tuhan Mesir kuno yang diberi nama Museum, yang berarti 9 Tuhan Muses, yang salah satunya bernama Music, Tuhan ilmu pengetahuan, kesenian, dan sastera.
Perpustakaan Alexandria tidak terlepas dari perang Dinasti Ptolemi yang berkuasa di mesir pada waktu itu. Periode Hellenistic atau zamannya tersebut selama 3 abad. Ptolemi I (323-284 SM.) Soter merupakan komandan militer sekaligus seorang yang sangat mencintai ilmu, sehingga ia menulis sebuah buku besar biografi Alexander The Great atas cadangannya kepada Ptolemi I, maka dibangunkanlah sebuah pusat pengembangan ilmu pengetahuan, dan pustaka yang mengoleksikan berbagai buku dan diberi nama Mouseion, berasal dari bahasa Yunani yang bererti tempat ibadah seluruh Tuhan ilmu pengetahuan dan seni. Dilantik Demitrius Phalereus sebagai pengawas merangkap direktur Mouseion.
Ini merupakan lakaran yang diperkenalkan oleh beberapa cendiakawan yang mengkoreksi bentk bumi dan galaksi alam sejagak. Mereka jugalah antara orang pertama yang membuat kajian tentang bentuk-bentuk pemukaan yang terdapat didunia ini.
Ini merupakan mesin cetak yang terdapat didalam perpustakaan alexanderia. Mesin inilah yang digunakan untuk membuat pencetakkan bagi kegunaan dikala itu. Pustakaan ini memuatkan pelbagai karangan-karangan selain mengoleksi buku-buku berbahasa Yunani san sanskrip. Didalamnya juga menyimpan perbagai manuskrip mesir kuno dan Venekia..Disini juga boleh didapati sebahagian kitab Hindu dan Budha.
Pemandangan dari dalam kelihatan para pelancong dan orang awam sedang mencari buku-buku untuk dibuat kajian atau tesis kuliah. Disinilah bermulanya sistem Katalog perpustakaan yang diperkenalkan oleh Kalimakhus. Buku-buku penulisan awal dan taknik-taknik dari Aristarchus, herophilus, Dionysius, Demitrius valiery dan banyak lagi.
Masa kesemasa melihat kesungguhan mereka dalam menterjemahkan kembali segala ilmu yang terdapat didalam pustakaan ini. Mereka berupaya mengalih bahasakan kitab-kitab Taurat yang dikekalkn terjemahannya menjadi Septuagint (Sab’iniyyat). Dalam salah satu manuskrip Aristhopanes yang terdapat di pustakanya, Colligio Romano di kota Roma. Dikisahkan apada wal awal terbentuknya pustakaan Alexandria ini, Pertama di dalam Istana (Pustaka Mouseion) dan satunya di luar Istana (Pustaka Sarabeum). Ruang pembacaan ini boleh memuatkan hampir 2000 orang dalam satu-satu masa.
Kelihatan pengunjung mengunakan dewan pustakaan yang dilengkapi pelbagai jenis buku untuk menjadi rujukkan kepada pembaca. Pustakaan ini mendapat pembiayaan dari Unesco tahun 1990 dan menghabiskan perbelanjaan USD220 juta. USd120 juta ditanggung oleh kerajaan mesir dan USd100 juta ditanggung oleh international PBB dan negara-negara dunia. Kini pustakaan ini menjadi satu pusat penyelidikkan dunia untuk meneliti permulaan ilmu dalam pelbagai bidang. Inilah keistimewaan Mesir dari pembentukkan ilmu dulu kini dan selamanya.
Julius Caesar ke Mesir pada 48 SM. Saat itu pasukan Caesar berhadapan dengan tentera Khilas (pemimpin perang Mesir) di pantai Alexandria. Perang antara 2 pihak ini tidak dapat dielakkan dan akhirnya terjadi juga peperangan. Berdasrkan catatan Sinika, sejarawan yang ikut dalam ekspidisi Caesar menyatakan, tidak kurang dari 400.000 buku hangus dalam tragedi tersebut. Selepas intu, Caesar meminta maaf atas kejadian itu yang menyebabkan ramai pecinta ilmu memarahi tentera caesar dan sebagai gantinya, Mark Antonio yang datang setelah Caesar, menghadiahkan sekitar 200.000 buku dari Roma kepada Cleopatra yang kemudian berlanjut kepada kisah cintanya.
Ruang legar perpustakaan dari pandangan tepi. Kelihatan seperti sebiji bola berhadapan dengan pantai Iskandariah. Ianya menggambarkan bentu teori yang pernah diperkenalkan oleh Apollonius tentang bentuk-bentuk melengkung seperti elips, parabola dan hiperbola. Pustakaan ini dibina ileh Arketik Norway. Mempunyai 5 tingkat dibawah tanah dan boleh memuatkan 8 juta buku. Sehingga sekrang tersedia hampir 1 juta buku dan 500 buah komputer untuk mencari judul-judul buku sebagai memudahkan pelawat.
Dataran atas dibuat sebuah kolam yang mempuanyai air didalamnya. Dikatakan hasil keunikkan ciptaan pustakaan ini sekiranya tidak mengunakan aircorn ianya akan memberikan juga kesejukkan sesiapa yang berada didalamnya. Inilah kelebihan yang dibuat oleh pengakaji dan peneliti menunjukkan cara dan analisis terdahulu yang diadaptasikan pada zaman ini. Pustakaan ini telah dibuka pada 16 oktober 2002 dirasmikan oleh president mesir Husni Mubarak.
Gambaran ini disebelah belakang pustakaan berhadapan dengan sebuah Universiti peniagaan di Iskandaria. Corak dan gambaran diatas batu tersebut merupakan hidrogalig hasil himpunan tulisan lama dari awal pemerintahan kuno sehingga abad pertengahan. Penulisan tersebut merupakan lakaran dan gambar-gambar binatang berbentuk simbolik.
Kembara Sufi
Kembara Sufi
Taxi di Iskandaria berwarna kuning. Sekiranya anda berpeluang datang ke Mesir anda akan dapat melihat taxi disetiap kawasan di sekitar mesir berbeza warna dan modelnya. Inilah diantara salah satu tarikkan di emsir sekiranya anda melihatnya yang tidak terdapat dikawasan-kawasan dinegara arab.
Inilah kota yang pernah menjadi ibukota kepada negara mesir selama 1000 tahun dan pada tahun 1940 kawasan iskandaria ini diduduki oleh 40% orang asing dan barat. Justeru itu enda boleh melihat kebersihan dan senibina disini menyerupai kawasan-kawasan dinegara eropah kerana hasil dari pertukaran budaya semasa iskandarian menjadi kawasan pertukaran barangan dagangan.
Masjid yang terpenting di iskandariah yang bernama Masjid Abu Abbas Al-Mursi. Dinamakan keatas seorang ulamak besar dari Murcia Seponyol yang beragama Islam. Beliau juga merupakan anak murid yang amat disayangi oleh sheikh Syazali yang merupakan ulamak yang paling terkenal dikala itu. Sheikh Abu abbas telah datang ke Mesir pada kurun 13m semasa spanyol diserang kristian.
Masjid ini dibina pada tahun 1307 oleh seorang sheikh zain Addin Ibnu Qattan. Lama kelamaan masjid ini tidak begitu terurus mulai tahun 1477. pada zaman Gaqmas Al-azhari beliau mula menghidupkan banyak pengajian dan setelah wafat, ianya dimakamkan bersebelahan makam Sheikh Abu Abbas Al-Mursi.
Pemandangan didalam masjid Abu Abbas Al-Mursi. Pada tahun 1596 masjid ini telah diseliakan kembali oleh Sheikh Abu Abbas makamnya juga dikebumikan didalam masjid ini. Sementara pada tahun 1775 pembesaran masjid ini dilakukan oleh Sheikh Abu Al-hassan El-Maghribi sehingga kekal pada hari ini. manara yang ada pada hari ini baru sahaja dibina pada 1943.
Setelah solat jumaat anda boleh melihat beberapa kelompok tariqah sedang mengadakan halaqah bagi membaca qasidah-qasidah dan ada diantaranya mereka dari jauh sanggup datang untuk menyambut beberapa sambutan bagi memperingati jasa yang telah dicurahkan oleh sheikh abu abbas al-mursi.
Kelihatan dataran yang dibina oleh raja farouk untuk memudahkan orang ramai untuk melawat 5 masjid yang terdapat disekeliling masjid Sheikh Abu Abbas Al-Mursi. Masjid yang kelihatan didalam gambar ini adalah Masjid Imam Busyari seorang Ulamak yang banyak mengarangkan rangka puisi yang memuju rasulullah saw.
Makam Imam Busyari seorang ulamak yang terkenal dengan kecintaan terhadap rasulullullah. Menamakan buldah yang sering dibaca oleh orang ramai ketika menyambut kelahiran Rasulullah saw. Beliau pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw ketika itu beliau lumpuh dan ingin tahu cerita seterusnya ikut perjalan kembara Sufie.
Makam Sheikh Abu Abbas Al-Mursyi. Makamnya terletak dibelakang masjid. Seorang yang banyak mempunyai karomah yang diberikan oleh Allah keatasnya. InsyaAllah pihak kami akan menceritakan setiap perjalanan dan kehidupan ulamak ini bersama kembara sufie.
Kembara Sufi
Kembara Sufi
Bergambar dihadapan Istana Raja Farouk yang dipimpin oleh guide kembara sufie. Ianya terletak didataran tinggi mengadap ke laut tengah. Istana kini digunakan untuk tetamu president mesir yang membuat lawatan ke Iskandariah. Namun ianya dibuka untuk pelancong-pelancong yang datang ke sini. Anda boleh juga menikmati kebun-kebun dan taman-taman yang terdapat didalamnya.
Pintu masuk ke taman mumtazah. melalui jalan inilah anda akan masuk ke taman-taman, pantai dan istana Sultan farouk. Sebelum itu, anda perlu membayar tiket masuk dan didalamnya juga tersedia restoran-restoran untuk anda menikmati makanan. Disinilah menjadi kawasan pelancongan taman yang menjadi kunjungan tetamu dalam dan luar negara untuk beristirehat disamping disediakan hotel dan chalet bertaraf 3/4/5 bintang.
.
Kelihatan dari jauh Qal'ah Qatbey Iskandariah. Kota ini pernah menjadi ibukota negara Mesir selama 1000 tahun. Ibu negara mesir ni berterusan sehingga pembukaan dan penaklukan Islam pada abad ke 21h bersamaan 621m. Ianya melalui tiga beradaban besar antaranya ialah Ptolemi, Romawi dan Benzantein.
Alexander sebelum ini terkenal sebagai pelabuhan yang padat. Ia menjadi kawasan perhentian pedagang diseluruh negara untuk membekalkan hasil dagangan negara masing-masing. Disinilah berlakunya hasil dagangan antara dua benua iaitu arab dan eropah yang kini menjadi tinggalan sejarah.
Gambar didalam masjid Nabi daneil. Kelihatan tiang-tiang
Kembara Sufi
Pekarangan Masjid Nabi Daniel. Disini terdapatnya 2 makam yang menjadi tumpuan para pelancong iaitu makam nabi daniel dan seorang lagi makam Lokman Al-hakim dan kisah nya juga disebut oleh allah didalam Al-Quran surah Al-lokman ayat 16-19.
Gambar didalam masjid Nabi daneil. Kelihatan tiang-tiang
Kembara Sufi