PENGENALAN NEGARA MESIR.


Sejarah Mesir.

Orang Qibthi Kuno Mesir menyebut negeri ini dizaman dahulu dengan istilah Kemy dan takemy yang bererti tanah hitam yang subur. Sementera pada zaman firaun kuno (Pharaonic) dijumpai teks-teks yang mengistilahkan Mesir dengan nama Tawey yang bermaksud dua tanah. Dua tanah yang dimaksudkan mengikut geografi Mesir ialah Tasyma'o (Dataran Tinggi/Ardu Sya'id) dan Tsamiho (Pemukaan Laut/Ardu Wajhul Bahr) Nama ini muncul sejak akhir tahun 4000sm.

Sementara sumber luar telah mencatatkan nama Mesir mula diperkenalkan pada abad yang ke 14sm melalui satu surat Raja Kan'an kepada Kerajaan FiraunMesir. Dalam surat tersebut Raja Kan'an menyatakan bahawa mereka akan didatangi ancaman menjadikan penyebab mereka akan bertandang ke Mato Mishriy yang bererti tanah Mesir.

Demekian juga bangsa Semit dan Asyria menyebut Mesir dengan nama Mishr. Sedangkan bangsa Aram menyebut Mishrayin, dan ada juga di dalam teks-teks terdahulu bangsa Phoenix menyebut Mishrem. Mishr dalam bahasa semit membawa maksud batas. Bangsa-bangsa Semit yang terdiri dari bangsa-bangsa Asyria, Aram, Ibrani, dan Arab menyebut daerah yang berada di perbatasan sebagai Mishr dan menyebut orang-orangnya dengan nama mishriyyin iaitu (orang-orang Mesir). Sekitar abad ke 9-7sm beberapa teks klasik Asyiria menyebut berulang kali nama Mesir.

Sementara orang-0rang Yunani menyebut mesir dengan nama Egyptus melalui istilah yang diambil mengikut sebutan zaman. Nama egyptus diambil dari syair-syair yang pernah diistilahkan oleh penyair keatas negeri Mesir. Antara penyair yang mengunakan istilah ini ialah Homerus. Sedangkan Bangsa Romawi menyebut Aegyptus dan kemudian disebut oleh bangsa eropah sebagai Egypt, Egypte, Egitto, Agypten.

Kalau dilihat didalam sejarah Islam itu sendri, Allah swt telah menyebut di dalam Al-Quran sebanyak 4 kali dengan sebutan Mishr. Sementera orang melayu menyebutnya dengan nama Mesir. Dapat dinisbahkan disini bahawa istilah Mesir ini diambil dari nama yang telah dipaparkan oleh Allah swt didalam Al-Quran sehingga menjadi sebutan ke hari ini.

Nama Rasmi Mesir :
Republic Arab Mesir
( Jumhuriyyah Mishr Al-arabiyyahl Arab Republic of Egypt )

Presiden Negara :
Muhammad Husni bin Mubarak Sejak tahun 1981 Lagu Kebangsaan : Bilady, Bilady, Bilady,
Ibu Kota : Kaherah/Cairo Mata Wang : Egypt pound Iklim Mesir : Musim panas : Mei -Julai, Musim gugur : Ogos-Oktober, Musim sejuk : November- Febuari, Musim bunga : Mac- April Agama : Islam 96% dan Kristian, Yahudi dan Lain-lain 6%

Makanan : Gandum, Roti, kacang, Beras. Produk Pertanian : Kapas, Gandum, Beras, Gula, Kurma, Kambing. Batasan Negara : Utara Laut Mediteranian - Selatan negara Sudan - Barat negara Libya - Timur Laut Merah/Red Sea, Palestin, Jordan dan Israel,

Penduduk yang terakhir dalam lingkungan : 76 juta oran
Nama-nama negeri yang terdapat di Mesir ialah :
Cairo, Giza, Daqahliyah, Syarqiyyah, Buhairah, Iskandariah, Gharbiyyah, Qalyubiyyah, El-minsya, Sohoq, Qena, Manufiah, Asyut, Kafr syeikh, Faiyyoum, Banie Suef, Aswan, Dimyath, Ismailliah, Pord Said, Dumyat, Suez, matruh, Siwa, Sinai Utara, Al-wadi Al-jadid, bahrul Ahmar, Sinai selatan Thur, Luxor.

Hantar E-Mail kepada kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya dan harga terkini
Nama:
Email:
Tajuk:
Message:

This online form was provided by Freedback.
©Hak Cipta Terpelihara 2009 Kembara Sufie Travel
Dilarang Mencetak Sebarang Bahan Di Laman Ini Tanpa Izin
Template Rekaan Abu Rifaie AlmansuQie