PENGENALAN KEMBARA SUFI



Trip Kembara Sufi.

Kembara Sufi dianggotai oleh Mahasiwa- mahasiswi Universiti Al-Azhar yang berpengalaman dalam mengendalikan urusan travel di Mesir. Malah keahlian Kembara Sufi pernah diberikan kepercayaan dalam mengendalikan urusan travel dikalangan Mahasiswa- mahasiwi disini. Disamping itu juga, Kembara Sufi pernah diberikan kepercayaan untuk menjadi tourist guide kepada banyak kumpulan pelajar Malaysia dari negara eropah sewaktu mengadakan percutian ke Mesir.

Dengan pengalaman yang ada, sekali lagi Kembara Sufi diberikan komitmen oleh syarikat-syarikat travel dari Malaysia untuk mengendalikan dan merialisasikan lawatan semasa berada di Mesir. Namun begitu, Kembara Sufi juga mendapat kepercayaan menjadi tourist guide kepada jemaah Haji dan Umrah yang mengadakan pendaratan transit ke Mesir sebelum meneruskan perjalanan ke tanah Suci Mekah.

Berkaitan dengan kos lawatan bersama Kembara Sufi ianya tidak akan membebankan anda. Justeru itu, Kembara Sufi tidaklah bertujuan keuntungan semata-mata sebagimana syarikat-syarikat travel yang terdapat di Mesir, akan tetapi Kembara Sufi lebih mengutakamakan promosi ke bumi Ambi'a dengan memaparkan dan mengupas sejarah Al-quran dan jejak rasul demi mendapat kebaikkan kepada kita bersama disamping ianya dapat merapatkan silaturahim diantara anda dan Mahasiswa-mahasiswi universiti Al-Azhar secara dekat. Namun kepuasan dan maklumat yang bakal anda perolehi dari menyertai pakej kembara Sufi adalah berbaloi dan menjimatkan kos anda. InsyaAllah Kembara Sufi akan melaksanakan tugas sebaik mungkin demi memaksimumkan kepuasan dan memberi informasi yang berguna dalam rangka menerangkan tempat-tempat bersejarah yang bakal anda lawati di bumi Mesir. Kembara Sufi juga menerima cadangan percutian mengikut tempoh dan citarasa yang anda inginkan demi mengutamakan tetamu Kembara Sufi agar mereka merasakan perjalanan ke Mesir menjadikan satu percutian yang paling bermakna dalam hidup anda.

Justeru itu, Pihak kembara Sufi mengalu-alukan anda untuk menjelajah bumi sehara Mesir sebagimana yang tercatat di dalam Al-Quran. Semoga usaha kami ini mempromosikan bumi ambi'a ini memberikan satu kebaikkan kepada kita bersama dan dapat merapatkan ukhwah dinatara satu sama lain. Akhir kata jelajahlah dan galilah permata yang terdapat di tanah gersang sahara semoga anda mendapat mutiara didalamnya.

Sekian, dari kami Kembara Sufi.

Hantar E-Mail kepada kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya dan harga terkini
Nama:
Email:
Tajuk:
Message:

This online form was provided by Freedback.
©Hak Cipta Terpelihara 2009 Kembara Sufie Travel
Dilarang Mencetak Sebarang Bahan Di Laman Ini Tanpa Izin
Template Rekaan Abu Rifaie AlmansuQie