KEMBARA JEJAK AULI'A


Kembara Jejak Sahabat dan Aulia


Mahasiswa- Mahasiswi Universiti Al-Azhar sering mengadakan lawatan ke Makam Nabi-nabi dan Ulamak-ulamak yang bertaburan dibumi Mesir. Ulamak-ualamak inilah yang menyambung tugas nabi-nabi yang terdahulu sehinggakan pada hari ini kita merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam. Malah pergi kemana sahaja dipelusuk dunia sudah pasti karangan kitab-kitab dari kalangan ulamak-ulamak Mesir pasti dipersembahkan dan dijadikan hujjah dalam meyelesaikan permasaalahan yang kabur terutamanya berkaitan Fiqh , hadis , tasawwuf dan lain-lain.

Ini menunjukkan ulamak-ulamak ini mendapat pengiktirafan dunia dengan kepakaran mereka yang pelbagai. Antara makam Sahabat Rasullullah dan Ulamak-ulamak yang terdapat di mesir antaranya ialah Makam Saidina Hussein, Saidina Uqbah, Abu Darda, Lokman Al-Hakim, Nabi Daniel, Nabi Soleh, Nabi Harun, Imam Syafie, Imam Sayuti, Ibnu Hajar Asqalani, Abu dzar Al-Ghifari, Sheikh Ibnu Atoillah, Sheikh Taqiyuddin Ibnu Daqiq, Zakarian Al-Ansori, Izuddin Abdul Salam, Rabiatul Adawiyyah, Zu nul Misri, Sheikh Soleh Muhammad, Imam Al-laisi, Ibnu Sirin, Sheikh Ashraf, Sheikh Muhammad Syatibi, Imam Fahruddin Ar-razi, Imam Syazauli, Saiyyidah Nafisah ra, Saiyyidah Rukayyah, Saiyyidah Sakinah, Saiyyidah Atiqah, Sheikh Ahmad Al-Badawi, Sheikh Mutawalli Sya'rawi, Ibnu Hisyam, Sheikh imam Baijuri dan lain-lain. Sekiranya ingin diperkenalkan semuanya sudah tentu ribuan nama ulamak boleh dihiasi di blog ini.

Insyaallah mudah-mudahan dengan pakej jejak Ambi'a yang diambil ini akan memberikan kita kelebihan mengenali ulamak-ulamak agung ini dan insyaAllah menjadikan diri kita orang yang mengasihi dan memperingati mereka. Semoga kemulian yang Allah berikan kepada mereka juga mendapat tempiasnya kepada kita.


Makam Imam Syafie

Makam Imam Zakaria Al-ansori

Imam Al-Laith

Makam Sheikh Soleh Ja'afar

Zunul Mirs

Sheikh Ibnu Hajar As-Qalani.

Penulis Kitab.

Uqbah .


Hantar E-Mail kepada kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya dan harga terkini
Nama:
Email:
Tajuk:
Message:

This online form was provided by Freedback.
©Hak Cipta Terpelihara 2009 Kembara Sufie Travel
Dilarang Mencetak Sebarang Bahan Di Laman Ini Tanpa Izin
Template Rekaan Abu Rifaie AlmansuQie