SEKITAR SINAI , DAHAB DAN TABA



Semenanjung Sinai.


Segitiga Sinai merupakan sebuah dataran yang menyerupai sebuah pulau, dan berlatarkan dua teluk iaitu teluk Aqabah dan teluk Suez. Keluasannya dalam lingkungan 61 ribu km dan mempunyai dua wilayah. Wilayah yang dimaksudkan iaitu Sinai Utara beribukotakan Ariesy dan Sinai Selatan beribukotakan Al-Thur.

Hampir keseluruhan dataran ini diliputi gurun pasir yang mempunyai keunitkan tersendiri yang menjadi tarikkan pelancong dalam dan luar negara. Bukit- bukau yang menerima hakisan dari tiupan angin yang berumur ribuan tahun menjadikan dataran Sinai lebih terserlah dengan seni yang terpahat di tebing-tebing batu bukit dengan menyimpan seribu rahsia agama tauhid, yahudi dan nasrani. Kawasan -kawasan ini juga diselangi oleh lautan yang bersih dan menjadi tempat percutian pelancong-pelancong asing yang berminat bersantai dan melaksanakan aktiviti snockling terutamanya di musim panas.

Sinai merupakan kawasan rebutan semenjak zaman mesir kuno lagi. Tidak kurang 15 kali Sinai dijajah dan jajahan terakhir oleh israel pada tahun 1973 namun berhasil dibebaskan oleh mesir pada tanggal 6 oktober 1973. Dataran ini juga, melakarkan peristiwa penting kenabian yang diutuskan oleh Allah kepada manusia antaranya ialah Mulai nabi Ibrahim menuju jalan ke Syam, nabi Musa berbicara dengan Allah di Bukit Tursina, Allah menyesatkan bani israel di banjaran Teh selama 40 tahun, Peristiwa penyembahan lembu samiri yang disembah oleh kaum nabi Musa dan nabi Harun. Malah disini jugalah terletak makan nabi Allah Soleh dan Harun a.s demi menunjukkan mulianya kawasan lembah thur yang terdapat di mesir ini


Kelihatan unta liar berehat bersama anaknya. Inilah binatang yang disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran sebagai pengiktibaran bagi orang-orang yang beriman sebagimana yang tercatat di dalam Surah Al-Ghasyiyah ayat 17 " maka apakah mereka tidak memerhatikan kepada unta yang diciptakan " Inilah menunjukkan kebesaran Allah swt sebagai penguasa langit dan bumi.

Pohon tamar ditengah-tengah gurun pasir. Ianya menjadi kawasan persinggahan orang -orang badwi setelah penat mengembala kambing dan mencari hasil-hasil yang terdapat dipadang pasir. Pohon tamar merupakan pohon yang hidup ditengah-tengah padang pasir dengan suburnya. bagaimanakah ianya hidup subuh sedangkan tiada bekalan air disekelilingnya. Inilah menunjukkan kekuasan Allah dalam menghidupkan makhluknya yang mungkin tidak dapat difikirkan oleh pemikiran manusia.

Inilah track yang bakal dilalui oleh pengunjung kembara sufie untuk menjejaki kawasan yang dikisahkan didalam al-Quran berkaitan ummat nabi Musa as yang ingkar terhadap arahan nabi Allah Harun supaya menunggu nabi Musa balik bermunajat untuk mendapat arahan dari Allah swt. Bukit inilah yang disebut bukit Tursina.

Kelihatan pelancong asing bergambar diatas ketinggian lebih 2400 meter. Mereka juga menghayat kisah nabi-nabi terdahulu dan mereka juga menyakini bahawa nabi musa dan nabi harun adalah sebahagian nabi -nabi mereka yang dilahirkan dari bangsa bani israel.

Berpusu-pusu kelihatan pelancong dari pelbagai negara menaikki bukit tursina menghayati sejarah yang juga tercatat didalam kitab-kitab agama mereka. Malah ada diantara mereka menaikki bukit ini kerana ingin melihat matahari timbul dan berdoa. Menurut kepercayaan orang jepun dan china apabila mereka melihat matahari dan berdoa maka doa mereka akan dimakbulkan kerana tanpa penghalang mereka dengan tuhan matahari.

Inilah gambaran diatas bukit tursina berhampiran dengan gereja. Kelihatan pengunjung sedang berehat setelah penat mendaki untuk sampai diatas puncak ini. Disini anda akan melihat terdapat sebuah gereja dan sebuah masjid yang disediakan bagi menunjukkan bahawa kisah nabi Nabi Musa dan nabi Harun merupakan rantaian dari dikisahkan yang terdapat didalam kitab-kitab mereka.

Orang ramai berada dilantai check point terakhir untuk sampai ke puncak Tursina. Disini terdapat gerai yang menyediakan minuman panas dan makanan ringan. Semua barang-barang perniagaan dibawa dari bawah mengunakan unta dan keldai. Sekiranya berpeluang anda boleh melihat bagaimana keldai boleh mendaki diatas batu-batu untuk membawa barang-barang keatas. Ini merupakan satu keunikkan yang tidak mungkin anda ketemui dilain kawasan.

Kesejukkan akan anda rasakan apabila berada diketinggian 2400 meter lebih ini. Justeru itu, sebagai persediaan untuk mendaki anda diharapkan membawa baju sejuk agak tidak kesejukkan. Sekiranya anda mendaki pada bulan Disember - Mac mungkin cuaca diatas ini mencecah ke angka negatif dan sekiranya bernasib baik anda juga akan melihat salji turun membasahi Bukit tursina.

Inilah bukti yang dikisahkan didalam Al-quran berkaitan Nabi Musa as berkhalwah diatas bukit Tursina. Disinilah yang dikatakan nabi musa bermohon kepada Allah untuk melihatnya. Namun dengan pancaran cahaya yang memancar tidak memberi kekuatan kepada nabi Musa untuk melihat Allah swt. Sehinggakan beliau pengsan dan memohon keampunan kepada Allah swt.

Inilah Gereja yang dibina oleh rahib dari kalangan Kristian. Mereka juga tahu disinilah kawasan yang menjadi simpanan sejarah didalam kitab-kitab meraka. Namun hasil dari peristiwa tersebut masih mereka tidak mahu beriman kepada Allah swt sedangkan Allah telah memberi peringatan kepada mereka sebelum ini. Gereja Greek Ortodox ini dibina pada 1934 diatas tapak gereja lama yang pernah dibina pada kurun ke 16.

Dihadapan sekala merupakan sebuah masjid yang dibina dengan tujuan untuk memudahkan pengunjung melakukan solat diatasnya. Disebelah belakangnya pula adalah gereja kristian yang turut melakukan sembahyang mereka. Sementara disebelah kanannya terdapat lubang kawasan nabi Musa as bermunajat dan berada didalamnya selama 30 hari beribadah dan berpuasa kemudian ditambah 10 malam lagi sehingga mencukupi 40 malam.

Inilah diantara keindahan yang bakal pengunjung kembara sufie lihat diawal pagi. Pada waktu ini anda akan melihat pelancong dari china dan jepun akan melakukan upacara penyembahan dan berdoa beramai-ramai tuhan matahari. Kebiasan matahari akan mula timbul pada jam 4.30am justeru itu anda perlu awal mendaki bukit tursina ini bermula jam 1.30am.

Gembira diwajah peserta kerana berjaya menawan bukit tursina. Kesejukkan kelihatan apabila anda berada diatas ketinggian melebihi 2400 meter. Namun kesejukkan tidak menjadi penghalang setelah anda berada disini melihat inilah bukti kisah yang menjadi pengajaran bagi aku seorang muslim dan mukmin.

Bukit tursina menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Mengikut kajian kemasukkan pelancongan kekawasan tursina sebanyak 10,000 orang kerana dilembah ini terdapat pelbagai sejarah yang membabitkan agama-agama samawi yang masih boleh dilihat. Semoga Allah swt memberi petunjuk kepada mereka agar dan kembali kejalan yang selamat iaitu islam.

Inilah salji yang turun pada bulan Disember - Febuari pada setiap tahun. Sekiranya bernasib baik salji akan menyambut anda dilembah tursina ini. Gambar ketika turun dari bukit tursina pada jam 7.00am kelihatan matahari mula terang dan memudahkan lagi perjalanan untuk turun ke bawah.

Untuk menaikki bukit tursina anda akan menemui 6 check point. Disini akan disediakan gerai-gerai minuman dan makanan ringan dengan harga yang agak mahal. Sekiranya keletihan kita boleh berhenti berehat dimana sahaja check Point yang kita suka. Sekiranya diteruskan perjalanan tanpa berehat terlalu lama anda boleh sampai keatas bukit tursina dalam 2 jam sahaja.

Mengunakan jalan pintas untuk turun dari bukit tursina. Berehat seketika sambil menikmati keindahan bentuk batu-batan yang telah menerima hakisan beribu-ribu tahun dengan membentuk pelbagai penafsiran. Inilah keunikkan lembah tursina yang tidak akan anda ketemui dinegara-negara lain.

.

Pecahan batu yang terbentuk. Kelihatan pelancong sedang menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt. Bagi mereka yang beriman mereka mengucapkan " tidaklah engkau jadikan sesuatu itu sia-sia, lalu mereka berdoa dan memuji Allah dan berdoa jauhkan diri kami dari azab api neraka.

Perkampungan

Disinilah yang dipercayai oleh penduduk tempatan kampung Nabi Solleh as. Baginda merupakan Rasul yang ke 5. Suatu ketika dahulu Allah swt mengutuskannya untuk menyampaikan dakwah kepada kaum Thamud. Nabi berhijrah dari kawasan ke kawasan yang lain dan kawasan inilah dipercayai kawasan penginapan nabi Solleh bersama pengikutnya. Mereka menerima seruan dakwah juga berhampiran jabal thursina.

Kembara SufiKembara sufie.

Kembara Sufi.

Kembara Sufie.

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Tetamu kembara sufie dari Ireland selamat sampai ke bawah setelah melihat sendiri bukti yang tercatat didalam Al-Quran. Inilah bukit tursina yang banyak diceritakan dilam surah Al-baqarah.



Kawasan inilah menjadi kawasan persinggahan umat nabi musa setelah diselamatkan oleh Allah swt dari kezaliman Firaun.

Dipinggir bukit tursina terdapat sebuah gereja terbesar di Afrika digelar Saint Catherine's Monastery. Gereja ini telah dibina ketikamana Mesir berada dibawah jajahan Byzantine. Ianya telah dibina pada tahun 527 dan 565M. Kini berusia hampir 1500 tahun yang masih boleh dilihat peningalan sejarah didalamnya.

Gereja ini pada asalnya adalah sebuah masjid kemudian telah diubah menjadi gereja dan anda boleh melihat masih ada kubah kecil yang menandakan ianya adalah masjid yang ditinggalkan seketika dahulu. Gereja ini dibina atas arahan maharaja Byzantine bernama Justian 1 dan beliau juga peneraju dalam pembinaan Hagia sofia di Constantinopal.

Saint Chaterine's Monastery ini dibina menurut beberapa kepercayaan adalah bertujuan untuk menutup Chapel Of the Burning Bush merupakan tempat nabi Musa as dipercayai melihat sebuah pohon hijau yang terbakal dan mendengar suatu suara yang merupakan wahyu dari Allah swt kepadanya. Didalamnya masih terdapat pohon tersebut yang menjadi kepercayaan agama kristian pohon yang memakbulkan pemintaan.

Lift Manual yang digunakan bagi mengangkat barang ke tingkat atas Saint Catherine. Barang diatas kenderaan diangkat sedikit demi sedikit mengunakan tali yang mengunakan tenaga manusia untuk memutarnya. Ini diantara cara unit yang difikirkan bagi memudahkan sesuatu kerja dibuat suatu ketika dahulu.

Tenaga manusia digunakan untuk memutar kayu lift manual untuk menarik barang ketingkat atas. Ini menunjukkan bahawa kepakaran lift yang ada pada bangunan hari ini merupakan hasil pemikiran orang-orang terdahulu. maka dengan penerimaan cara moden maka terbentuklah satu kajian mengunakan kuasa laterik untuk mengerakkan sebagaimana yang dilihat pada hari ini dibangunana-bangunan.

Inilah pohon hijau yang menjadi kepercayaan agama kristian boleh memakbulkan doa sesiapa sahaja. Pokok ini juga digelar pohon 1000 tahun. Menurutnya pohon inilah yang pernah terbakar dan Nabi Musa telah mendengar suara darinya merupakan wahyu dari Allah. Ianya juga digelar pohon suci.

Kelihatan seseorang bergambar dibawah pokok 1000 tahun didalam saint Cathering. Didinding-dinding batu pokok 1000 tahun ni kelihatan kertas-kertas doa yang telah ditulis dan di letakkan dicelah-celah batu tersebut dengan tujuan mengharapkan agar doa mereka diterima mengikut kepercayaan agama Kristian.

.

.

Taman Gereja saint Cathering yang merupakan kawasan pejabat dan disini jugalah dibina hotel-hotel sebagai penginapan berhampiran dengan bukit tursina yang menjadi tempat kawasan sejarah nabi musa yang bermunajat kepada Allah swt.

kembara sufi

Kembara Sufi..

Kembara Sufie.

Kembara Sufie.

Makam Nabi Harun terletak diatas sebuah bukit. Baginda Bersaudara dengan Nabi Musa as. Dilantik menjadi Rasul pada tahun 1439sm sehingga kembali menemui Allah swt pada 1317sm. Pada ketika itu baginda berusia 122 tahun. Makamnya tidak jauh dari Saint Catherine dan tidak jauh dari makam ini terdapat patung lembu samiri.

Kembara Sufi

Kembara Sufi

kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Inilah lembah banjaran teh yang dikisahkan Oleh Allah swt didalam al-Quran. bani israel disesatkan oleh Allah swt kerana mereka ingkar dengar arahan Allah supaya mereka pulang keplastin. Namun dengan keingkaran tersebut maka berulang aliklah mereka selama 40 tahun dibanjaran teh berhampiran lembah tursina.

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi.

Kembara Sufie.

Kembara Sufie.

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara sufie.

Kembara Sufie.

Kembara Sufi


Sekitar pemandangan di Dahab



Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi

Kembara Sufi





Qal'ah salahuddin Al-Ayubi di Taba. Kawasan ini terletak dihujung timur Mesir dan jarak yang paling jauh dari kota kaherah iyaitu 703km. Kawasan ini juga merupakan pemisah sempadan bagi 3 buah negara iaitu Israel, Jordan dan Mesir. Ia juga bersebelahan dengan bandar Ilat iaitu sebuah kota dinegara israil. Ianya merupakan kawasan pembebasan terakhir didalam peperangan israel -mesir disemenanjung sinai.



















Hantar E-Mail kepada kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya dan harga terkini
Nama:
Email:
Tajuk:
Message:

This online form was provided by Freedback.
©Hak Cipta Terpelihara 2009 Kembara Sufie Travel
Dilarang Mencetak Sebarang Bahan Di Laman Ini Tanpa Izin
Template Rekaan Abu Rifaie AlmansuQie