Temple Karnak ini dihubungkan dalam satu laluan menuju ke tample luxor dikelilingi olah spinx yang menjadi kepercayaan ketika itu sebagai penjaga keselamatan. Antara 2 temple ini dihubungkan dengan laluan jalan sepanjang 3km. Malah senibina yang terdapat di temple ini menunjukkan kemegahan pentadbiran Firaun ketika itu. Karnak juga disebut sebagai Ipet -Isut bermakna The most select or Sacred Of places - yang paling terpilih/suci dari pandangan masyarat ketika itu.
Menampakkan kehebatan susuratur bangunan temple yang dibina berusia ribuan tahun. Antara jurubina yang diceritakan didalam sejarah arkeologi pada zaman new kingdom 1539 -1069sm diantaranya ialah Tutmosis III pada 1504 sm -1450sm. Peringkat kedua Amenhotep III pada 1386sm -1349sm iaitu pada dinasti yang ke 18 dan peringkat yang ke tiga bermula tahun 1279sm -1212sm yang diketuai oleh Ramsis II.
Kerajaan Amun di Thabes ini bekuasa pada masa new kingdom dan selepas berlaku pemerontakkan dibawah kerajaan yang diketuai oleh Akhenaten pada tahun 1352 -1336sm dinasti yang ke 18. Akhenaten mempunyai seorang isteri yang bernama Neferiti dan anaknya bernama tutankhamun. Temple Karnak ini memiliki 3 pecahan temple didalamnya dan dialamnya pula mempunyai beberapa lagi temple kecil.













































